Love Story ( Part 1 )
Part 1 Aku mengetap bibir menahan geram bercampur marah, jua bersabar. Bibirnya pula tak berhenti-henti memaki-hamun padaku. Hanya semata-mata kerana satu perkara kecil, perbalahan antara kami tercetus. Jangankan berkira dengan perkara kecil, malah meleret-leret pula persengketaan antara kami. Tak putus-putus hatiku memberontak dan memendamkan saja segala kemarahan dalam hati."Awak ni dah besar panjang dah pun. Perkara yang kecik macam ni masih nak mengharapkan saya ke? Heh! Nonsense! Tu maksudnya awak ni terlalu dimanjakan sangat. Tak pernah merasa kesusahan sebelum ni. Sebab tu awak naik lemak!" Air mata hangat pantas mengalir laju ke pipi. Benar aku tersentap mendengar kata-katanya yang kurasakan seakan-akan mempersendakan diriku. Namun, hakikatnya aku hanya mahukan dia sentiasa berada di sampingku di kala aku susah. Tetapi mengapa setiap kali ada saja 'isu' terjadi antara kami, sukar bagi dirinya untuk berada di sisiku? Kenapa mesti aku menagih perhatian daripad...