pertunangan tidak perlu dihebohkan
Assalamualaikum. Saya ada satu kemusykilan ni. Sekarang saya tengok seperti trend. Bila tunang je, upload gambar di facebook. Pakai baju dah macam pengantin. Lagi dahsyat siap ada pelamin dan hantaran lagi. Kemudiaan, gambar-gambar bersama si tunang. Lepas upload tukar status pulak. Pakar Cinta, boleh jelaskan apakah hukum kita uar-uarkan pertunangan ini? Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi. Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia. Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan jangan bertunang dalam tempoh yang terlalu lama. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (ma...