Posts

sayang. betulkah?

Masa aku membesar, mak aku cAkap  "kalau marah tandanya sayang" betulkah? Masa aku sekolah,ada budak perempuan kena kacau dengan budak lelaki , cikgu kata "dia kacau pukul awak sebab dia suka awak tu" betulkah? sebab, mungkin itu sebabnya aku selalu jatuh cinta dengan org yg slalu sakitkan aku, selalu buat aku menangis teresak, yg slalu buat aku rasa tak guna, yg slalu buat aku. sebab, lagi dia sakitkan hati aku, maknanya lagi dia suka aku.lagi dia sayang aku. betul kan???

TAKUT KEHILANGAN

kau kena sedar, setiap manusia yang hidup itu akan pergi. Cuma bezanya,ada yang pergi ketika dia masih bernyawa,ada juga yg pergi dalam keadaan kaku.  Ya semua takut kehilangan tapi kehilangan itu adalah sebahagian dari kehidupan. Kehilangan tu mengajar kau dan buat kau sedar waktu terlama manusia tetap di akhirat sana.  Ya kehilangan itu memang sakit. Tapi lagi sakit kalau kau terlampau pegang seseorang dalam hidup kau, sehingga kau abaikan segala bahagia yang boleh kau kecapi.. 

ANDAI LELAKI TAHUđź’”

Andai lelaki tahu... Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna  dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu. Andai lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda le...

PEREMPUAN

Bila kita sayangkan seseorang,kita cuba untuk penuhi setiap apa yang dia inginkan . Kita cuba untuk buat yang terbaik untuk dia . Kita cuba untuk buat dia bahagia .Hargai dan terima setiap kekurangannya seikhlas hati kita . Dan yang pasti , kita ingin habiskan seluruh hidup kita dengan dia .   Setiap kali berjauhan ,kita selalu ingat dia . Kita akan berharap dia ada depan mata kita sambil tersenyum dekat kita . Kita selalu rindukan dia . Tak kira apapun yang kita buat , sesibuk mana pun , dia sentiasa dalam ingatan kita . Tapi, apa yang terjadi bila apa yang kita harapkan itu , tak seperti apa yang kita angankan . Kita cuba terima segala kekurangannya , tapi setiap kekurangan kita menjadi persoalan baginya . Kita cuba untuk penuhi setiap keinginannya , tapi setiap keiinginan kita diketepikan . Kita cuba untuk memahami dan membahagiakannya , tapi tindakan kita dipersoalkan pula . Seolah-olah , diri kita asing baginya .  Sememangnya perempuan diciptakan lemah . Namun tak bermaks...

Sempurna

saban hari kau kenal aku kau akan makin kenal aku belang aku lagak baik buruk aku kau boleh kekal d sisi dan sama2 pimpin tangan untuk kita sama jadi yg lebih baik atau kau boleh pergi dan biarkan aku terkapai dengan buruk aku. detik itu kau akan ambil keputusan untuk terus utuh d tepi atau pergi kau boleh pergi cari yg lebih baik tp percaya 1 perkara walau kau cari d pelusuk dunia sekalipun kau tetap x akan jumpa yg smpurna kerana sempurna itu d capai bersama bukan dengan pencarian.

kau siapa?

Kau x perlu jadi manusia lain untuk diterima, di jaga dan di sayang.  Jika dia betul ikhlas, dia hadirkan diri. terima kisah lepasnya kau, pilih untuk bersama kau, dan terima baik buruknya kau tanpa mengeluh. Jika dia rasa kau kurang sempurna, itu x kena, ini x kena, kau tanya dia semula. Kau Siapa?

GAGAL

24 Jam kau berkawan baik dengan keraguan. Sebab apa? Sebab kau x duduk di bumbung yg sama, x kongsi selimut yg sama. Ragu itu yg slalu buat cinta itu gagal. Sedang kau tahu kau akan sakit kalau bercinta, tapi kau tetap naik kapal itu. Kapal yg besar sama seperti harapan yg ada d hati kau. Tapi bila kena tolak ombak, kau rasa nak mengalah. Cinta itu ibarat ombak pasang yang kadang-kadang itu ngeri boleh tenggelamkan kapal. Tapi kalau cinta kau kuat, kau x kisah bina rumah tepi pantai. Biar gempa bumi pecah dua sekalipun. Cinta itu datang bersebab, kalau tak ada jodoh itu lain cerita. Tapi sekurang2nya kau mesti banyak belajar dari perjalanan. Perjalanan yg kau bina, seperti di rumah yang betul2 d tepi pantai.