Love Story ( Part 2 )
Part 2
Walau lama menanam benih cinta, tapi adakah hatikan sentiasa bahagia? Layanan mesra di awal perkenalan, membuahkan satu perasaan aneh yang hadir serta-merta. Betulkah ini cinta? Aku meragui hati sendiri. Tidak! Tak mungkin ini cinta sedangkan hatiku dulu pernah terluka kerana cinta. Malah, menyerahkan segala hati ini pada seorang lelaki yang belum tentu hak milikku. Aku perasan akan renungan lain daripada lain pada lirik matanya. Aku segan ditatap sebegitu. Tetapi, mengapa hati rasa bahagia? Aku buat-buat tak tahu.
Bila terasa diri ini diperhati sahaja, lantas, mataku melirik ke sebelah. Aku tergamam. Bibirnya sudah menguntum senyuman yang indah dari rupanya sebenar. Jejaka ini bukanlah pilihan hatiku. Rupa juga hanya biasa-biasa. Tetapi, pada raut mukanya, ada saja yang pasti terpikat kerana ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Sukar untu ditafsirkan. Sememangnya, ada saja gadis yang pasti jatuh cinta padanya.
Aku membalas kembali renungan matanya.
"Kenapa pandang aku macam tu?" Bibirnya masih tetap menguntum senyuman manis. Sedari itu, dia menunduk dan menggeleng. Tatkala kepalanya dipanggung menghadapku, sebaris senyuman terlayar di mataku.
Aku jadi terkedu tatkala jari telunjuknya menolak sedikit dahiku. Tiada hatiku merasakan marah, malah aku membiarkan saja dia berbuat sedemikian. Kenapa ya? Aku jadi malu. Tanganku menyentuh dahi yang sudah disentuhnya tadi. Ada perasaan hangat yang hadir di hati. Apa sebenarnya yang aku alami ini? Perasaan hangat, tenang bila bersama dengannya.
"Khusyuknya dia..." Itu saja bicaranya. Aku hanya mencebik dan kembali menatap skrin pangggung. Persoalan yang menerjah benak semakin mengasak hati.
Perkenalan kami baru saja dua bulan. Tetapi, entah mengapa aku seakan-akan berasa begitu rapat dengannya. Aku selesa berdamping dengannya.
Kami keluar dari panggung wayang dan mengikut sahaja langkah yang lain.
Teringat akan sentuhan pertama darinya pada dahiku. Aku jadi tak keruan. Bibir kaku bila ingin berkata. Tekak seolah-olah menyekat suara dari bersuara. Aku pandang dia, begitu juga dengan dia. Mata kami bertaut lama. Aku alih pandangan dan ternyata hari sudah gelap. Aku menilik jam di tangan. Jam sudah menandakan pukul 8.30 malam. Aku jadi serba salah.
Hati rasa ingin terus berlama di situ. Tetapi, keadaan yang tidak mengizinkan.
"Dah lewat dah ni. Aku kena balik ke rumah mak cik aku. Takut pula masuk rumah orang lewat sangat,"
Adab menumpang di rumah orang. Kenalah kita turuti. Tidak mahu menjadi beban si pemilik rumah, perasaan aku ketepikan dahulu.
"Kalau macam tu, kita baliklah. Kesian mak cik kau tunggu kau balik nanti," ujarnya seperti memahami kehendakku.
Aku renung wajahnya yang nampak telus itu. Sesungguhnya, hati ini kian memberontak ingin bersamanya lagi. Ah! Kenapa dengan hati aku ni?
Kami melangkah ingin ke parkir kereta. Sepanjang perjalanan, kami berborak kosong. Soal-menyoal tentang kisah hidup masing-masing. Ingin saling mengenali antara satu sama lain. Ada juga diselitkan gelak tawa yang hanya kami sahaja fahami. Sungguh selesa bersamanya. Kalau bisa, aku ingin membuat temu janji bersamanya sekali lagi. Temu janji? Adakah ini dikatakan temu janji? Atau cuma satu pertemuan yang diungkap bagi melepaskan stress setelah lama meluangkan sepenuh masa bersama buku-buku untuk menghadapi peperiksaan?
Jejak langkah kami seiring menuju ke tempat parkir. Aku jadi hairan. Setelah membayar tiket parkir, kami kembali melangkah ingin menuju ke kereta masing-masing. Langkah yang diatur jadi terhenti, begitu juga dengannya.
"Kau parking kat mana?" Soalku ingin tahu.
"Kau pula letak kereta kat mana?"
"Aras nilah," aku menjawab. Dia tersenyum.
"Samalah kita,"
Aku mengangguk dan membalas senyumannya. Sekembalinya melangkah, gerak kakinya masih lagi mengikutiku. Aku jadi hairan kembali.
"Kenapa kau ikut aku? Kau stalk aku ek?" Aku cuba bergurau dengannya.
"Eh! Entah-entah, kau yang stalk aku tak?"
Aku berhenti di tepi keretaku dan aku terkejut melihat si dia yang berdiri di sebuah kereta yang berdepan denganku. Itu kereta diakah?
"Tu...tu kereta kau ke?" Jariku menunjuk pada kereta kelisa yang berwarna kelabu itu.
"Iyelah... Kaukan pernah naik kereta aku sekali. Kau tak ingat ke?" Aku diam seketika. Ya. Benar aku pernah naik keretanya. Tetapi, tidakku ingat nombor plat kereta tersebut. Yang aku tahu cumalah kereta kelisa. Aku tunduk malu. Sememangnya, aku tidak peka dengan sekeliling apatah lagi mengenai nombor plat keretanya.
"Alah...aku pernah naik sekali je kot..." Aku cuba mempertahankan diri. Sebenarnya malu jugak bila ditegur sebegitu. Dia terasakah?
"Okeylah. Bawa kereta tu baik-baik tau. Dah sampai ke rumah mak cik kau, bagitahulah." Pesannya sebelum membolos diri ke dalam kereta. Aku mengangguk sahaja dan melambai ke arahnya.
Aku menghidupkan enjin dan juga penghawa dingin. Masih belum beredar dari situ. Dia juga masih ada di situ. Aku kembali melambai ke arahnya. Mengingati pesanannya tadi, aku jadi terharu. Pesanan dari seorang kawan sahaja. Tetapi, kenapa begitu membuat hatiku tersentuh?
Kereta kami berpisah dan masing-masing membawa haluan sendiri. Pertemuan yang diakhiri dengan perpisahan yang mengambil masa 3 bulan. Adakah perkenalan ini akan jadi lebih rapat selepas ini? Atau hanya terhenti dipertengahan sahaja? Entahlah...
LANGKAH kakiku lemah sukar untuk mendaki anak tangga lagi. Serasaku ingin rebah sahaja. Aku tunduk menekur lantai. Satu kenangan yang sukar untuk aku lupakan. Adakah aku akan membuat keputusan yang terbaik buatku nanti?
Benar orang kata, indahnya satu perkenalan tetapi sukarnya untuk kita kekalkan setelah tahu khabarnya. Dadaku bagai dipalu derita. Mengapa tidak aku kembali seperti dahulu dengannya? Kalaulah masa bisa diputarkan kembali. Aku mahu memulakannya semula. Persengketaan ini harus dihentikan. Satu keputusan harus ditemeteraikan. Demi kebaikan masing-masing.
"Aku...harus terus melangkah dan..." setitis air mata yang jatuh ke pipi, rasanya lagi mengerti akan duka yang kualami.
Indahnya kenangan lalu, dari terus mengalami satu kedukaan dinihari. Walau hati sukar untuk menerima, tetapi sesungguhnya aku tak ingin terluka dan terus terluka lagi.
thumbs up up and up. love to read ur story.
ReplyDelete