Posts

Showing posts from June, 2014

WA KENA BABE! ( prank frm boss )

Image
Hari nie hari yg paling malang dalam hidup ku. Fon hilang ntah ke mana. Cer nya bgini, Balik ja dari lunch, happy2 yg trsangat happy la pokoknya time tgahari td. Time tu fon memang suda lowbat gila ngok2 la suda. Sampai ja ofiz lpas lunch tu, direct la cas fon. cas atas meja ofiz ja dalam engineers room ne. then tiba2 datang sorang kawan ne, c ijat, mau menumpang cas fon jua. jadi dua fon la bcas atas meja ku. " jaga kan fon ku ar anne." padahnya arah ku. then dia kluar la buat krjanya . Jam 3 tu, c ahlock (boss LA) mnyuruh datang ke rumahnya ada makan2 bbq. pg la kami ne ramai2. dua2 fon dibiarkan atas meja bcas. sambil2 makan tu main2 sama anak logistic, bikin geram joo badannya.. macam sumo. punya kiut.. makan punya makan, tiba2 c ijat kol tmpt technician kami c khaerul (aku kan x bawa fon) mncari aku. aku sambut la kol tu, dia tanya " ko bawa ka fon ku?"  aku jawab " behapa ku bawa fon mu sedangkan fon ku bcas atas meja tu jua". Truz la dia cakap h

Love Story ( Part 3 )

Part 3 Hujan rintik menjadi tatapan mata. Seluruh alam bersorak riang. Hujan tandanya rahmat dari-Nya. Tangan kanan yang kugenggam bersama payung, aku alihkan ke kiri. Aku tutup payung tersebut dan punggungku labuhkan di bangku. Aku berkalih menunduk melihat baju di tubuhku. Basah! Lambat-lambat, bibirku menguntum senyuman kecil. 'Hujan lagi?' detik hati kecil ini. Aku mendongak ke langit pula. Mujur aku dapat berteduh di pondok kecil ini, kalau tidak mahu seluruh tubuhku basah kuyup. Badan pun dah terasa sejuk semacam dan... Hachumm!! "Alamak...tak lama lagi selsemalah ni. Macam mana nak balik?" Aku ketuk kepala sendiri. Itulah padahnya kalau berdegil. Kan sendiri dah kena. Aku kutuk diri sendiri. Menyesal juga tak dengar cakap Bilah tadi. Orang dah offer nak tumpang, tapi aku tetap nak naik bas. Ni semua gara-gara 'Jae Suk'! Jae Suk gelaran bagi kereta vivaku sekarang terpaksa dihantar ke bengkel untuk servis. Sekarang, nilah jadinya. Degil!

Love Story ( Part 2 )

Part 2 Walau lama menanam benih cinta, tapi adakah hatikan sentiasa bahagia? Layanan mesra di awal perkenalan, membuahkan satu perasaan aneh yang hadir serta-merta. Betulkah ini cinta? Aku meragui hati sendiri. Tidak! Tak mungkin ini cinta sedangkan hatiku dulu pernah terluka kerana cinta. Malah, menyerahkan segala hati ini pada seorang lelaki yang belum tentu hak milikku. Aku perasan akan renungan lain daripada lain pada lirik matanya. Aku segan ditatap sebegitu. Tetapi, mengapa hati rasa bahagia? Aku buat-buat tak tahu. Bila terasa diri ini diperhati sahaja, lantas, mataku melirik ke sebelah. Aku tergamam. Bibirnya sudah menguntum senyuman yang indah dari rupanya sebenar. Jejaka ini bukanlah pilihan hatiku. Rupa juga hanya biasa-biasa. Tetapi, pada raut mukanya, ada saja yang pasti terpikat kerana ada sesuatu yang istimewa pada dirinya. Sukar untu ditafsirkan. Sememangnya, ada saja gadis yang pasti jatuh cinta padanya. Aku membalas kembali renungan matanya. "Kenapa pa