PEREMPUAN

Bila kita sayangkan seseorang,kita cuba untuk penuhi setiap apa yang dia inginkan . Kita cuba untuk buat yang terbaik untuk dia . Kita cuba untuk buat dia bahagia .Hargai dan terima setiap kekurangannya seikhlas hati kita . Dan yang pasti , kita ingin habiskan seluruh hidup kita dengan dia . 

Setiap kali berjauhan ,kita selalu ingat dia . Kita akan berharap dia ada depan mata kita sambil tersenyum dekat kita . Kita selalu rindukan dia . Tak kira apapun yang kita buat , sesibuk mana pun , dia sentiasa dalam ingatan kita .

Tapi, apa yang terjadi bila apa yang kita harapkan itu , tak seperti apa yang kita angankan . Kita cuba terima segala kekurangannya , tapi setiap kekurangan kita menjadi persoalan baginya . Kita cuba untuk penuhi setiap keinginannya , tapi setiap keiinginan kita diketepikan . Kita cuba untuk memahami dan membahagiakannya , tapi tindakan kita dipersoalkan pula . Seolah-olah , diri kita asing baginya . 

Sememangnya perempuan diciptakan lemah . Namun tak bermaksud setiap tangisannya itu boleh dipersiakan setiap lelaki . Setiap titis air matanya yang jatuh menunjukkan ketabahannya menghadapi setiap layanan lelaki . Mungkin dia tetap cuba tersenyum di hadapanmu , tetapi di belakangmu dia menangis . Dia terluka . 

Seluka manapun hati perempuan , dia tetap akan memberi peluang untuk berubah kepada orang yang dia sayang . Kerana dia yakin , insan yang dia sayang akan berubah dan menyayanginya sepenuh hati seperti dia . 

Malangnya , setiap peluang yang diberi selalu dipersiakan . Kadangkala, hati perempuan terdetik . Apakah langsung tiada sifat "menghargai" dalam diri seorang lelaki ? Kenapa sifat itu hanya diserlahkan pada awal  perhubungan saja ? Sepatutnya , semakin lama hubungan itu , semakin kuat perasaan itu . Bukan semakin pudar . 

Perempuan ingin selalu menjadi perhatian orang yang dia sayang . Bukan bermaksud dia gedik atau mengada-ngada , tetapi dia ingin dibelai dengan kasih sayang . 

Bukan untuk ditabur dengan wang ringgit , cukup dengan luangkan masa dengannya . 

Bukan untuk diajak berbual sepanjang hari , cukup dengan satu mesej "saya sayang awak" setiap pagi . 

adakah semua perkara ini remeh di mata lelaki ? Kalau begitu , tak perlu berkahwin dengan seorang perempuan . 

Seandainya setiap lelaki mengerti kewujudan insan yang bergelar wanita di dunia ini , perkataan remeh itu takkan pernah terucap dari bibir . 

Memang perempuan berjiwa lembut . Jadi , kenapa perlu mengasari dia ? Walaupun dengan kata-kata , sudah cukup meninggalkan parut di hatinya .

Benar .. Hati perempuan mudah dilentur dengan kata-kata manis lelaki kerana itu memang sudah menjadi lumrah hati seorang perempuan . Tapi , seandainya apa yang dituturkan itu , hanya satu penipuan , lebih baik diam . Tak perlu menabur janji manis untuk seorang perempuan . Bukan itu yang diinginkan . Bukti lebih baik daripada janji . 

Comments

Popular posts from this blog

M.U.E.T

abang sayang adik ( sad story )